Kesan angin dalam badan kepada fizikal.

Angin dalam badan boleh beri kesan yang tidak elok kepada fizikal badan anda. Antara kesan angin dalam badan kepada fizikal adalah

  1. Anda rasa mudah letih dan rasa kurang bermaya. Angin dalam badan akan menyekat aliran darah dan seterusnya menyebabkan anda rasa mudah letih dan kurang bermaya.
  2. Anda rasa cepat mengantuk walaupun anda sedang lakukan perkara yang anda memang benar – benar suka.
  3. Anda mudah untuk rasa pening kepala. Angin dalam badan akan menganggu aliran pernafasan dan seterusnya menyebabkan kepala anda pening. Selain itu, angin dalam badan juga akan menganggu kitaran hormon dan seterusnya menganggu keseimbangan hormon dalam badan. Akibatnya anda akan alami sakit kepala.
  4. Angin dalam badan yang berkumpul di dada akan menyebabkan anda rasa sakit dada, sakit urat saraf dan mudah rasa mual. Anda akan rasa hendak muntah tetapi tidak ada benda yang akan keluar.
  5. Angin dalam badan juga akan menyebabkan anda rasa hendak buang air besar tetapi sebenarnya tidak. Angin dalam badan akan ganggu sistem penghadaman anda sehingga menyebabkan anda alami sembelit.
  6. Kesan seterusnya adalah angin dalam badan akan menyebabkan anda alami perut kembung atau sakit gastrik. Selagi angin dalam badan anda tidak di buang, selagi itu anda akan alami sakit gastrik.
  7. Stamina anda akan turun dengan mendadak di mana anda rasa malas. Angin dalam badan akan menjadikan anda seorang yang sangat pemalas lalu menyebabkan anda tidak mampu melakukan banyak perkara.
  8. Persembahan seks anda dengan pasangan anda semakin menurun. Anda tidak mampu lakukan hubungan seks seperti dahulu lagi.
  9. Kaki, peha dan perut mudah kejang di mana anda rasa sangat sakit ketika ia berlaku. Selesaikan angin dalam badan dan anda akan rasa sihat serta merta.

#(Klik sini) Pakej Buang Angin Badan.

Leave a Reply